Friday, October 24, 2025
Google search engine
HomeJenayah1MDB: Najib Jual Nama Raja Saudi?

1MDB: Najib Jual Nama Raja Saudi?

Dalam kesinambungan perbicaraan kes 1MDB yang menjadi tumpuan nasional, Datuk Seri Najib Razak terus mempertahankan pendiriannya bahawa lebih RM2 bilion yang masuk ke akaunnya bukanlah hasil penyelewengan dana 1MDB, sebaliknya merupakan derma tulus daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Pandangan ini bukan baharu. Ia sudah dikemukakan sejak awal penyiasatan tetapi kini, selepas bertahun-tahun polemic barisan pembelaan Najib mengemukakan hujah yang semakin memperkukuh naratif tersebut.

Pihak pendakwaan sebelum ini menolak mentah-mentah empat surat yang dikaitkan dengan sumbangan derma berbilion ringgit itu. Bekas ketua pendakwa, mendiang Gopal Sri Ram, malah menyatakan bahawa surat-surat tersebut tidak mempunyai nilai undang-undang dan hanyalah “rekaan semata-mata”.

Namun, dalam sesi hujahan terbaru, peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin tampil menepis dakwaan itu dengan menyatakan bahawa tiada satu pun keputusan mahkamah yang pernah mengisytiharkan surat-surat tersebut sebagai palsu. Katanya, Datuk Seri Najib mempunyai asas kukuh untuk mempercayai bahawa wang berkenaan benar-benar datang daripada Arab Saudi bukan 1MDB.

Wan Azwan turut merujuk kepada keterangan saksi pendakwaan Jasmine Loo yang mendakwa bahawa Jho Low pernah mengarahkan Kee Kok Thiam menulis salah satu surat derma di sebuah hotel di London. Namun, katanya, dakwaan itu tidak pernah dibuktikan secara sahih atau disokong bukti forensik yang konklusif.

Dalam hujahan lanjut, Wan Azwan turut menyentuh aspek teknikal dan substantif undang-undang. Beliau mendakwa bahawa empat pertuduhan salah guna kuasa terhadap Datuk Seri Najib adalah cacat dan mengelirukan kerana mengandungi unsur duplicity iaitu beberapa kesalahan digabungkan dalam satu pertuduhan tunggal menjadikannya sukar untuk tertuduh menjawab dengan tepat tuduhan sebenar.

Hujah ini kemudiannya diperkuat oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketua peguam bela Najib yang menegaskan bahawa kecacatan tersebut bukan perkara kecil atau teknikal sebaliknya melibatkan prinsip asas keadilan perbicaraan.

“Apabila pertuduhan itu sendiri cacat, maka keseluruhan proses pendakwaan menjadi tidak sah. Ini bukan soal boleh diperbetulkan oleh mahkamah; ini soal fair trial. Dan satu-satunya jalan adil ialah pembebasan serta-merta,” tegas Shafee.

Perbicaraan kes 1MDB seringkali dilihat dari kaca mata politik bukan semata-mata undang-undang. Tuduhan bahawa Najib “menjual nama Raja Saudi” untuk menutup kes 1MDB mungkin berakar daripada persepsi awam yang terbina lama, hasil propaganda dan naratif politik yang berterusan.

Namun, dari sudut undang-undang, jika tiada bukti konklusif bahawa surat derma itu palsu, dan jika pertuduhan itu sendiri tidak memenuhi piawaian sahih perundangan, maka persoalan besar timbul, apakah Najib sebenarnya mangsa kelemahan sistem pendakwaan atau sekadar dijadikan simbol politik untuk menutup kelemahan pihak lain?

Kes 1MDB kini bukan sekadar soal wang atau derma tetapi ujian kepada keadilan institusi perundangan negara. Hujahan pembelaan bahawa surat derma Arab Saudi tidak pernah dibuktikan palsu membuka semula ruang untuk rakyat menilai sejauh mana kebenaran dipisahkan daripada persepsi.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments