Friday, October 24, 2025
Google search engine
HomeJenayah1MDB: Empat Surat Derma Arab Saudi

1MDB: Empat Surat Derma Arab Saudi

Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Seri Najib Razak, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, mengetengahkan satu fakta penting yang selama ini diabaikan oleh ramai pihak dan tidak pernah ada mana-mana mahkamah di Malaysia yang memutuskan bahawa empat surat derma daripada Arab Saudi itu palsu.

Hakim Mohd Nazlan dalam kes SRC dahulu tidak pernah menolak kewujudan surat tersebut atas dasar penipuan, sebaliknya hanya menolak alasan derma berdasarkan tafsiran terhadap fakta kes. Ini satu perbezaan besar yang ramai gagal bezakan antara derma tidak diterima alasan dan derma palsu.

Menurut hujahan pembelaan, AmBank sendiri menerima keempat-empat surat derma itu serentak dengan kemasukan dana ke akaun Najib.

Bukan setakat itu, surat-surat itulah yang dijadikan asas kepada kelulusan bank bagi setiap transaksi yang berlaku.

Logiknya mudah, kalau benar surat itu palsu, bank mana berani melepaskan dana berjuta-juta ringgit ke dalam akaun individu tanpa pengesahan sahih?

Tambahan pula, ini bukan isu baru. Pada perbicaraan tahun 2022, pihak pembelaan telah menyerahkan salinan asal surat derma daripada keluarga diraja Arab Saudi, lengkap dengan tandatangan, kepala surat rasmi, dan pengesahan sumber.

Namun anehnya, walaupun dokumen itu tidak pernah disabit sebagai palsu, naratif awam terus dimomokkan bahawa derma Arab Saudi hanyalah “rekaan Najib”.

Justeru, persoalan yang tidak dapat dielak kini timbul jika mahkamah tidak pernah menyatakan surat itu palsu, bank mengesahkan penerimaannya dan dokumen asal telah dikemukakan maka atas dasar apa pula derma itu dianggap rekaan?

Mungkin inilah waktunya rakyat menilai semula, apakah selama ini kita mendengar kebenaran atau hanya naratif yang sengaja dicipta untuk menutup kebenaran sebenar?

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments