Wednesday, October 22, 2025
Google search engine
HomePolitikCalon PM: Kenapa Hadi Sebut Jongkong Emas?

Calon PM: Kenapa Hadi Sebut Jongkong Emas?

Dalam satu lagi episod “drama politik bercampur mistik”, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi mencetuskan tanda tanya apabila menyebut tentang jongkong emas dan dadah dalam ucapan penggulungannya di Parlimen semalam. Katanya, sebab PAS tidak mahu umum awal calon Perdana Menteri ialah kerana bimbang “nanti diletakkan jongkong emas dan dadah dalam kereta calon itu.”

Kenyataan itu segera mencuri perhatian ramai. Bukan sekadar pelik, tetapi menimbulkan persoalan lebih besar, kenapa jongkong emas? Kenapa bukan duit, rasuah atau fitnah? Kenapa tiba-tiba “jongkong emas” muncul dalam radar minda Hadi Awang?

Bagi yang masih ingat, ada kisah lama yang kembali menghantui. Beberapa tahun lalu, tersebar cerita kononnya rumah Hadi di Marang dipenuhi jongkong emas satu almari dan dikatakan Hadi ditipu oleh kumpulan Black Money. Kumpulan tersebut mendakwa mampu menggandakan wang menggunakan teknik black money. Dalam versi cerita itu, Hadi dikatakan “terpedaya” dengan janji kekayaan segera dan dikatakan menyimpan beberapa jongkong emas “palsu” yang akhirnya hanya menjadi besi berwarna emas.

Jadi apabila Hadi menyebut tentang “jongkong emas dalam kereta calon”, ramai yang senyum sinis. Adakah Hadi sebenarnya sedang terkenang pengalaman silamnya sendiri? Atau sekadar refleksi bawah sedar terhadap trauma lama ditipu dalam permainan “emas ghaib”?

Lebih lucu, bila dikaitkan dengan konteks politik semasa, ucapan itu seolah-olah menunjukkan betapa tidak yakinnya PAS dalam menamakan calon Perdana Menteri mereka. Jika benar mereka yakin dengan integriti calon, mengapa perlu takut kepada “jongkong emas” yang entah dari mana datangnya?

Di media sosial, netizen tidak ketinggalan menyindir:

“Kalau jongkong emas betul, bukan calon je kena letak nama… mungkin ustaz pun akan masuk balik rumah cari almari lama.”

Ada juga yang berjenaka bahawa Hadi mungkin sedang memberi isyarat bahawa calon PM PAS itu bukan sekadar manusia tetapi makhluk “bermata duitan”.

Dan di penghujungnya, rakyat cuma mampu geleng kepala. Dalam keadaan ekonomi rakyat makin menekan, pemimpin PAS masih berbicara tentang jongkong emas dan dadah dalam kereta, bukannya tentang hala tuju negara.

Mungkin, seperti kata seorang penganalisis politik:

“PAS sekarang bukan takut calon mereka ditangkap kerana rasuah tapi takut calon mereka ‘dibeli’ dengan jongkong emas.”

Akhirnya, rakyat tertanya-tanya siapa sebenarnya calon PM PAS, dan siapa pula yang simpan jongkong emas sebenar?di

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments