Wednesday, October 22, 2025
Google search engine
HomeJenayahEpisod Pelik Dalam Naratif 1MDB: Jasmine Loo, Dari Buruan Antarabangsa ke Saksi...

Episod Pelik Dalam Naratif 1MDB: Jasmine Loo, Dari Buruan Antarabangsa ke Saksi Terlindung

Pernah melarikan diri selama hampir lima tahun, Jasmine Loo akhirnya menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia selepas ditahan di Myanmar kerana menggunakan pasport palsu.

Ironinya, pada Disember 2018, dia pernah didakwa secara in absentia bersama Jho Low atas kesalahan berkaitan 1MDB. Namun, sebaik dibawa pulang untuk menjadi saksi pendakwaan, semua pertuduhan terhadapnya tidak diteruskan dan ini suatu keputusan yang menimbulkan tanda tanya besar di mata umum.

Sebagai peguam utama 1MDB antara Mei 2011 hingga November 2013, Jasmine Loo memainkan peranan penting dalam meluluskan perjanjian-perjanjian utama yang akhirnya menyebabkan 1MDB menanggung kerugian berbilion ringgit.

Lebih menghairankan, dia mengaku menerima “hadiah” bernilai RM100 juta daripada Jho Low pada tahun 2013 dan 2014 dengan alasan kononnya sebagai penghargaan selepas menamatkan perkhidmatan sebagai peguam dalam syarikat milik Jho Low antara 2009 hingga 2011.

Namun, persoalan logik tetap timbul, mengapa seseorang menunggu tiga tahun selepas bekas pekerjanya berhenti kerja hanya untuk memberikan RM100 juta sebagai hadiah?

Walaupun naratifnya nampak ganjil, mahkamah tetap menganggap Jasmine Loo “saksi yang boleh dipercayai”, antara lain kerana beliau “jujur” mengakui menerima hadiah itu, tidak mempunyai motif untuk menjatuhkan Najib Razak dan yang paling menarik pendakwaan tidak meneruskan pertuduhan terhadapnya.

Semuanya menjadikan episod Jasmine Loo ini satu lagi bab pelik dalam drama panjang kes 1MDB, di mana garisan antara saksi, pesalah sebenar dan pelindung undang-undang kian kabur.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments