Wednesday, October 22, 2025
Google search engine
HomeDalam NegeriIsu Ketengah: Pergaduhan Antara GM dan CEO Didakwa Punca Fitnah RM37 Juta?

Isu Ketengah: Pergaduhan Antara GM dan CEO Didakwa Punca Fitnah RM37 Juta?

 

Tular di media sosial beberapa minggu lepas dakwaan kononnya berlaku salah guna dana dalam urus niaga tanah oleh KETENGAH Holdings Sdn. Bhd. (KHSB).

Namun, sumber dalaman menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak berasas, malah berpunca daripada sengketa dalaman antara Pengurus Besar (GM) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KETENGAH sendiri yang dipercayai kerana isu perbezaan gaji antara mereka dan rasa tidak puas hati dalam organisasi. Betulkah ini bukan pertama kali isu GM Ketengah?

Angka RM37 juta yang disebut oleh pihak tertentu sebenarnya merujuk kepada nilai pasaran (market value) yang telah dinilai secara rasmi oleh Penilai Berdaftar dan bukannya jumlah belian sebenar seperti yang digembar-gemburkan.

“KHSB hanya membeli tanah tersebut dengan harga RM35 juta dan pembayaran dilakukan secara sah melalui firma guaman. Tiada sebarang urus niaga tunai mencurigakan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu,” kata sumber.

Tuduhan bahawa ada pihak ‘menyauk baki’ wang daripada jumlah kononnya RM37 juta itu hanyalah propaganda dan fitnah jahat politik pihak tertentu yang menggunakan akaun palsu bagi memburukkan nama individu dan syarikat berkenaan. Khabarnya itu akaun palsu yang baharu bagi menggantikan akaun lama yang sedang dalam perhatian pihak PDRM.

“Mana ruang untuk diseleweng kalau semuanya melalui prosedur perundangan dan pembayaran rasmi? Tuduhan itu jelas bermotif fitnah,” ujar sumber lagi.

Tanah yang dibeli masih berstatus pertanian dan belum dibangunkan, namun selepas proses tukar syarat selesai, anggaran keuntungan bersih dijangka melebihi RM20 juta berdasarkan peningkatan nilai pasaran semasa. Sekiranya tanah tersebut dibangunkan sebagai kawasan perumahan, potensi keuntungan boleh mencecah lebih RM50 juta.

“Tujuan utama KETENGAH Holdings ialah untuk berniaga dan menambah pendapatan serta dividen kepada KETENGAH. Hasil dividen itulah yang digunakan untuk pembangunan semula kawasan dan manfaat rakyat setempat,” tambahnya lagi.

Pihak yang membuat tuduhan tanpa asas itu sebagai “mini dajjal dan cybertrooper berkopiah hijau” yang lebih gemar menyebar fitnah bagi menutup kejayaan KETENGAH. Satu perkara biasa kumpulan “Mak Kau Hijau” tidak boleh menerima hakikat bahawa UMNO lebih baik dari mereka.

Kesimpulannya, isu RM37 juta ini bukanlah skandal rasuah seperti yang cuba digambarkan, sebaliknya hanyalah persepsi jahat yang sedang dibina dan diperbesarkan akibat pertikaian dalaman dan permainan politik sempit.

Secara lojiknya di mana wujudnya rasuah dan salah guna kuasa apabila membeli tanah dengan harga yang rendah dari pasaran dan segala transaksi berlaku secara rasmi serta melalui SOP biasa?

Berlainan pula dengan skandal penjualan tanah milik rakyat Terengganu di jual dengan harga yang amat murah kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat PAS. Tanah yang harga pasarannya RM30 juta di jual dengan harga RM500,000 sahaja?

Itu baru sekeping tanah, bagaimana dengan beberapa keping tanah lagi termasuk di Marang?

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments