Wednesday, October 22, 2025
Google search engine
HomeDalam Negeri“Politik Mak Kau Hijau”: Himpunan Aman Desak Anwar Batalkan Jemputan Trump

“Politik Mak Kau Hijau”: Himpunan Aman Desak Anwar Batalkan Jemputan Trump

Kumpulan penyokong PAS sekali lagi menunjukkan wajah sebenar mereka, lantang menentang apa sahaja yang berkait dengan kerajaan pusat, tetapi membisu seribu bahasa apabila kesalahan datang dari pihak sendiri.

Dalam satu video yang tular di TikTok, sekumpulan individu mengadakan “himpunan aman” kononnya untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan jemputan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sempena Mesyuarat ASEAN yang dijangka diadakan di Malaysia minggu hadapan. Mereka mendakwa kehadiran Trump tidak wajar kerana dasar luar Amerika yang berat sebelah terhadap Palestin.

Namun, persoalannya di mana suara mereka ketika bendera Israel dikibarkan di Kelantan baru-baru ini? Kenapa tiada “himpunan aman” menuntut kerajaan negeri PAS itu memohon maaf kepada umat Islam seluruh dunia atas kejadian memalukan tersebut?

Inilah wajah sebenar politik PAS, politik selektif dan penuh kepura-puraan moral. Bila pihak lain tersilap, mereka ‘mengganas’ di jalanan kononnya atas nama Islam. Tapi bila pihak sendiri yang mencemar maruah Islam, semuanya tiba-tiba bisu dan ghaib seperti diseru makhluk halus.

Lebih lucu, Trump yang pernah menjadi simbol kebencian dunia Islam kini dijadikan bahan politik untuk menyerang Anwar. Seolah-olah mereka lupa bahawa semasa era Trump, ramai pemimpin PAS memuji keberanian beliau melawan Barat “liberal” dan malah ada yang menyebut beliau “lebih tegas” daripada pemimpin Islam sendiri.

Realitinya, protes ini bukan soal Palestin, bukan soal prinsip, ini soal politik kebencian. Apa sahaja yang boleh digunakan untuk menyerang Anwar, akan dijadikan bahan, walaupun hujahnya bercanggah dengan logik dan moral sendiri.

Rakyat kini semakin celik. Mereka tahu siapa yang benar-benar berjuang atas dasar keadilan, dan siapa yang menggunakan agama sebagai kostum politik.

Himpunan seperti ini tidak lebih daripada wayang politik lama, skripnya sama, pelakonnya sama, hanya pentasnya berubah. Yang memalukan, Islam terus dijadikan alat propaganda demi kuasa, bukan panduan kepada kebenaran.

Sebelum mendesak Anwar batalkan jemputan Trump, eloklah pemimpin PAS dan penyokongnya terlebih dahulu batalkan budaya hipokrasi politik kerana musuh sebenar umat Islam bukan di luar, tetapi dalam diri mereka sendiri yang menukar agama menjadi alat politik murahan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments